Sebenarnya saya menyambut baik keputusan Majlis Syura PAS yang
baru-baru ini mengumumkan bahawa parti itu menolak penggunaan kalimah
“Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung
Malaysia.
Dengan penolakan tersebut, jelaslah membuktikan bahawa “ijtihad”
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik
Aziz Nik Mat, sebelum ini adalah tidak tepat sama sekali dengan
kepentingan Islam.
Ia juga menunjukkan bahawa ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan Nik Aziz
tidaklah sehebat mana di mana pemimpin tertinggi PAS yang kononnya
diibaratkan sebagai “wali” dan “nabi” sebelum ini sebagai seorang sangat
tinggi ilmu agamanya.
Dalam satu-satu masa, Nik Aziz cuba menyifatkan Abdul Hadi sebagai
seorang yang ilmunya setaraf dengan para Mufti dan Presiden PAS itu
sendiri pernah memandang rendah terhadap penulis buku “Kafirkah Aku”, CN
Al-Afghani yang mempersoalkan amanatnya sebelum ini.
Saya yakin, berkemungkinan besar telah berlaku satu pertengkaran
hebat di dalam majlis syura PAS ketika anggota dewa itu bersidang bagi
membahaskan mengenai isu yang diusulkan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng
itu.
Saya optimis bahawa Abdul Hadi dan Nik Aziz sudah tentu akan
bermati-matian mempertahankan “fatwa” mereka melalui hujah-hujah yang
berpaksikan politik di dalam mesyuarat tersebut.
Sebagaimana maklum, tentunya pula Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib
yang disokong oleh seluruh Dewan Ulama PAS yang lain serta Timbalan
Mursyidul Amnya, Datuk Dr. Harun Din, juga akan mengeluarkan hujah-hujah
berpandukan ilmu masing-masing.
Dan mungkin ditakdirkan Allah SWT bahawa Abdul Hadi dan Nik Aziz
terpaksa berpatah balik dan mereka kembali dan mengeluarkan fatwa yang
sangat bertentangan dengan kehendak rakan DAP itu.
Saya pasti, sekiranya pemimpin UMNO yang bertindak sebagaimana Abdul
Hadi dan Nik Aziz, sudah tentu pemimpin itu akan dicop sebagai “flip
flop” oleh puak-puak Pakatan Haram.
Jadi, dengan keputusan yang bertentangan dengan keputusan sebelumnya
ini, apakah puak-puak Pakatan Haram, khususnya PAS, berani untuk
mengutuk pemimpin mereka sebagai “flip flop”?
Lebih memburukkan imej PAS, “flip flop” Presiden dan Mursyidul Amnya
kali ini membabitkan satu perkara mengenai kepentingan Islam serta
aqidah umat Islam di seluruh negara. Bagaimana perkara yang begitu
penting pun pucuk pimpinan PAS boleh “flip flop”?
Bayangkan apa yang berlaku sekiranya PAS memerintah Malaysia yang
melaksanakan dasar “flip flop” terutamanya mengenai perkara-perkara yang
membabitkan kepentingan Islam dan ummah di negara ini. Berkemungkinan
hancur Islam “dikerjakan” PAS nanti…
Satu perkara yang menghairankan saya, bagaimana kedua pucuk pimpinan
PAS ini menahan rasa malu mereka? Tak malukah mereka? Atau sememangnya
muka mereka setebal Tembok Besar China?
Kononnya dengan keputusan yang tidak membenarkan kalimah “Allah”
digunakan di dalam Bible itu maka PAS akan menjangka umat Islam di
negara ini akan memihak kepada mereka dan para golongan ulama di dalam
PAS akan merasa lega?
Jangan haraplah! Mereka sudah tekad untuk memilih UMNO sebagai
pengajaran kepada PAS yang semakin “tunduk” dan wala’ pada DAP dan PKR.
Di dalam isu kalimah “Allah” ini, UMNO awal-awal lagi sudah
menegaskan bahawa usul Guan Eng itu tidak boleh ditunaikan sama sekali
demi masa depan Islam dan umatnya. Tapi PAS degil dan bodoh sombong!
Kononnya mereka saja yang tahu dan tinggi ilmu agamanya.
Mufti tegur pun tak mahu dengar. Mujurlah tidak diadakan debat atau
forum di antara Hadi dan Nik Aziz yang bertembung dengan para
sahibussamahah para Mufti. Jika tidak, saya yakin PAS akan lebih teruk
dimalukan di depan khalayak ramai.
Harapnya dengan insiden yang memalukan PAS dan para penyokongnya ini,
mereka akan mengambil iktibar dan bermuhasabah diri berhubung “tahaluf
siyasi” mereka dengan kedua sahabat pakatan mereka itu.
Bukan apa, risau juga kalau-kalau PAS makin “sesat” jika terus bersama mereka…kan?
Sumber: Perak Today

1 comment:
Aku bukan Ahli PAS mahu pun UMNO apa tah lagi PKR jauh sekali. Namun begitu aku sokong Pendirian Majlis Syura PAS menolak penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu yang disokong oleh Hadi Awang, Nik Aziz dan mangkok-mangkok ayun seangkatan dengannya.
Post a Comment